Tuesday, 6 December 2011

Telur Oh Telur~




Telur merupakan sumber protein yang terbaik. Sebij telur bersaiz biasa mempunyai 6 gram protein yang berkualiti tinggi dan kesemua asid amino yang penting dalam badan kita. Makan telur boleh mengurangkan pembekuan darah, strok, dan penyakit jantung. Ramai yang menganggap makan telur terutamanya telur kuning akan menambahkan jumlah kolesterol. Walaubagaimanapun, kajian terbaru mendapati jika seseorang memakan telur kuning pada kadar yang sederhana, tahap kolesterol tidak meningkat. Satu lagi penemuan baru dalam sebiji telur. Percaya tak..telur boleh meningkatkan memori otak manusia. Sekumppulan siantis Universiti Boston mendapati kandungan zat kolin dalam telur boleh melambatkan proses penuaan otak. Kolin ialah zat yang dapat membantu dalam membantu fungsi normal otak melalui pembentukan neutrotransmiter asetilkolin. Tak banyak maklumat yang saya jumpa pasal kolin. Tapi telur kuning mempunyai kandunagan kolin yang tinggi dan bagus untuk otak kamu. Jadi lepas ni, jangan makan telur putih je..Diet yang kaya kolin dapat membuatkan perbezaan usia pada otak. Selain faktor pendidikan, kandungan lemak dan kalori, pengambilan kolin dapat meningkatkan memori seseorang. Secara umumnya lelaki memerlukan kira-kira 550 mg kolin setiap hari manakala perempuan perlu mngambil kolin kira-kira 425 mg sehari. Telur juga mempunyai semuanutrien yang diperlukan badan. Sebab itulah telur ialah pilihan yang baik untuk sarapan. Tapi, mesti ingat jangan makan telur sampai tak ingat dunia..banyak sangat makan telur mengundang padah. Antaranya: angin yang keluar daripada kamu akan 'mencemarkan' udara..ha5.

Sebiji telur menyimpan banyak kebaikan untuk kesihatan anda! ^_^